JOM SIHAT DENGAN SHAKLEE

JOM SIHAT DENGAN SHAKLEE


Wednesday, 10 October 2012

DIET DENGAN OMEGA..=)

Betul ke Omega boleh membantu mengurangkan berat badan dan boleh membakar lemak?? Jom baca ni..

 
Omega Guard juga berfungsi untuk memecahkan lemak2. Omega dinamakan “pengemulsi semulajadi” kerana ia mempunyai kesan melekat kat lemak….dalam perkataan ringkasnya,ia menyebabkan lemak tu terapung kat dalam darah…dan seterusnya mencegah lemak dari melekat kat dinding membrane. Omega tak boleh dihasilkan oleh badan tetapi ianya sangat diperlukan oleh badan.

Bagaimana Asid Lemak Omega-3 boleh membantu mengurangkan berat badan dan boleh membakar lemak?

Asid Lemak Omega-3 memberikan kesan positif pada metabolisme dan keupayaan badan untuk membakar lemak, selain itu ia juga turut memberi kesan kepadapenghasilan pelbagai hormon termasuk leptin.


APA sebenarnya leptin tu? 
Leptin adalah hormon yang memberi kesan kepada selera makan. Hormon leptin yang terdapat dalam tubuh manusia berfungsi menghasilkan sel lemak dan berperanan memberi amaran kepada individu sama ada tahap pengambilan makanan yang diambil sudah mencukupi atau berlebihan.

Di sini terdapat info ringkas tentang hormon leptin :
·         Leptin membantu mengawal selera makan dan metabolisme.
·         Leptin adalah sejenis hormon yang adipose-generated, yang bermaksud dihasilkan oleh lemak badan. 
·         Leptin menghantar isyarat kepada otak supaya menghadkan rasa lapar. 
·         Semakin rendah tahap leptin, semakin mudah seseorang itu berasa lapar
·         Rangsangan leptin mengurangkan aktiviti neuropeptida Y, iaitu neurotransmitter yang boleh mencetuskan refleks kelaparan. 
·         Neuropeptida Y pada tahap yang tinggi juga boleh mengurangkan pengeluaran tiroid, yang mana tiroid boleh memberi kesan yang negatif terhadap metabolisme.
Kesimpulannya, asid lemak Omega-3 membantu mereka yang sedang berdiet atau berhasrat untuk mengekalkan hatta menurunkan berat badan kerana kesannya dalam mengurangkan selera makan dengan meningkatkan hormon leptin yang mengawal tahap kelaparan disamping ia sendiri berupaya untuk membakar lemak.

Mengawal tahap kelaparan adalah antara perkara penting dalam kejayaan diet. Ramai yang 'tewas' dalam usaha untuk diet kerana gagal mengawal selera makan.

Rasa lapar akan mendorong kita untuk makan. Apabila rasa lapar dapat dibendung, proses diet akan menjadi lebih mudah dan tidak 'menyeksakan'.

Kebanyakan orang mengamalkan diet dengan cara kurang makan, tetapi dalam masa yang sama perasaan untuk makan membuak-buak. Tu sebab kadang-kadang bila nafsu menguasai..diet hilang ntah ke mana..melantak sepuas hati..ala-ala balas dendam gitu..


Dengan kesan yang dapat Omega-3 berikan terhadap hormon leptin, cabaran untuk mengawal selera makan lebih mudah dan berlaku secara semulajadi.


Walaubagaimanapun, perlu disedari..hanya dengan pengambilan asid lemak omega-3, berat badan tidak akan turun seperti magik..pengambilan makanan tetap perlu dikawal dan senaman tetap perlu diamalkan.

Kita ni selalu nak cepat je kan??..Nak magic je... terus nak jadi apa yang kita fikirkan. Semua dalam hidup ini perlu pada usaha !







No comments:

Post a Comment